Friday, June 20, 2008

Ketua Polis Negara : Tan Seri Musa Hassan ... wajar DIGANTUNG TUGAS?

Sebagaimana yg biasa kita dengar sebelum-sebelum ni .... Kalau ada anggota Polis yang didakwa / dituduh / disyaki terlibat dengan sebarang Jenayah atau Melibatkan pertuduhan di Mahkamah serta Terlibat dalam Siasatan .... amalan biasa anggota tersebut akan ...
........
DIGANTUNG TUGAS
........
Agar siasatan yang akan dilakukan :
.......
1. Tidak dicampuri oleh anggota tersebut,
...
2. Memberikan imej yang baik terhadap pihak PDRM.
....
Tapi dalam kes KPN ni .... beliau masih terus menjalankan
tugas rasmi sebagai KPN ....
Dan Pak Lah pun selaku menteri KDN tak komen apa-apa...
....
So .... jelas DOUBLE STANDARD dan Lain Maciam ...

...........

-bard-

Sunday, June 15, 2008

RAKYAT MALAYSIA UMPAMA PENGEMIS TERHORMAT

Berpusu pusu Rakyat Malaysia menerjah Pejabat Pos di seluruh negara. Hingga ada yg berasak- asak, bergaduh rebutkan nombor, malah ada yang berbaris TAWAF Pejabat Pos ... Demi mengambil Rebat Tunai RM 625 bagi pengguna kereta di bawah 2000cc dan RM 150 bagi pengguna Motorsikal di bawah 150cc. ...
Namun, terlintas dihatiku .. dan mungkin orang ramai.. kita semua dijadikan umpama
"PENGEMIS TERHORMAT"
..
bardridz@gmail.com

Saturday, June 14, 2008

UBAH GAYA HIDUP

Menerusi manifesto : Selamat Aman Makmur ... kini kita rakyat Malaysia perlu mengubah kehidupan ... selari dengan kata-kata pak Lah di awal lantikannya sebagai PM
"Berkerja bersama sama saya... "
.....
Dengan kenaikan harga Petrol yang seterusnya berlaku kenaikan harga barangan dan perkhidmatan kerana ia saling berkait dan berangkai.
...
RAKYAT SEMUA MENDERITA. Peniaga, Pelanggan, Pengusaha ... semua terbabit.
...
Sekadar contoh:
1. Naikkan Tambang Bas : Permit / Lesen Bas ditarik.
2. Naikkan Harga Makanan di kantin Sekolah : Permit ditarik.
..
Kasihan juga pada para peniaga/pengusaha... kalau tak naikkan mana nak untung? Kos operasi dan bahan mentah naik!!
..
Tak lama lagi nak masuk bulan Ramadhan. Tak tau lah berapa harga makanan dan kuih muih bulan puasa nanti.
..bard..

Friday, June 6, 2008

Gurindam Minyak Naik ... Untuk Pak Lah

Ari nie tah hari berapa Pak Lah jadi PM kami
Memang dari dulu kami sokong sampai lani
Tapi hari nie, buka mata, senak perut anak bini
Tengok Pak Lah habag minyak naik lagi
........ Memang kami tak tau pasai ekonomi
Yang tau semua Pak Lah ngan kroni
Tapi sampai bila nak jadi lagu nie
Dapat gaji habis tak berbaki
......... Pak Lah habag tak boleh buat apa
Nie semua ekonomi dunia
Kalau tak naik nanti dunia kata apa
Habis tu yang rakyat dok menderita, tak pa ka
............ Dulu Pak Lah kata nak jaga rakyat
Kunun Pak lah nak kerja sama sama dengan rakyat
Nie dok nampak macam nak telan kederat
Dok nampak kami yang nak melarat
........... Pak Lah kata masalah rakyat nak ambik berat
Kunun tak mau tengok rakyat hidup melarat
Tapi kalau macam nie punya sarat
Darah rakyat pun boleh sejat
............ Kerajaan ada kata rakyat manja subsidi
Kunun asyik kerajaan saja dok bagi
Sapa kata kami rakyat tak pernah bagi
Tu...yang lima tahun sekali tu....sapa bagi??
Tiap kali naik harga, dok banding sini sana
Hampa tengok, kat Thailand lagi mahai dari kita
Apa jenis depa punya kira
Awat tak ikut pulak Brunai punya harga
....
Brunai tak leh kira
Depa punya minyak berlambak tak terkira
Awat, minyak Malaysia tak dak harga ka?
Kalau tidak, tak kan jual minyak kita beli minyak depa
... Ada Petronas pun tak leh buat apa
Ada duit sikit, dah nak mengada
Pi buat segala menara pagoda kembaq dua
Nak tunjuk, kami la kaya
........... Petronas kata kami tak tau apa
Kerajaan yang buat kira bicara
Kami ikut apa depa kata
Royalti jadi ehsan pun kami tak leh kata apa
........ Kunun dok habag Petronas hak rakyat semua
Pakailah minyak Petronas, nanti untung dapat kat kita
Nie, nak tanya la....tiap tahun untung beribu juta
Rakyat dapat apa ????? kudis buta....
......... Hari nie petrol naik, tahan la lagi
Tengok pulak apa cerita esok pagi
Habis ikan, ayam, cabai sampai ke cili
Depa pun sama tumbas naik sekali
........ Nanti ada la menteri tolong bercakap
Sapa naik harga dia nak pi tangkap
Sampai bila la dia nie nak ubah sikap
Ingat yang dok meniaga kat market tu heran kot dia punya cakap
...... Pak Lah mau renung nasib kami
Kais hari nie makan untuk kemarin pagi
Anak kecik pun dok ada lagi
Boleh hidup ka kami lagu nie

Dah tak larat nak tanggung cukai Sini cukai, sana cukai Dari tanah sampai ke pintu punya ada cukai Dah sampai masa kot Pak Lah kena guna akai

......... Jangan dok ingat rakyat macam Pak Lah Gaji berpuluh ribu hidup tak susah Ada anak pulak bisnes sebelah sebelah Dapat tender pun tak payah susah susah

.............. Kami rakyat bukan macam tu Malah la nie pun dah ada rebus siput babi dgan batu Sedih sungguh ohhhh negara ku Biar tak merdeka terus pun tak la kalau lagu tu

............ Dah sampai masa Pak Lah ingat Selesai masalah rakyat cepat cepat Nanti kot rakyat naik meluat Satu undi pun Pak Lah tak dapat

......... Cukup la sampai di sini Tobat dah...aku tak mengundi BN kali nie Parti Barang Naik pulak kot jadi depa lani Kot ada sapa nak Barang Naik lagi undi la depa lagi.

...... ..... TQ ... drpd Khoi

bardridz@gmail.com

Thursday, June 5, 2008

JANJI DATO SERI ANWAR IBRAHIM ... berhubung Harga Minyak

Baca No 4.
.........
... Saya akan MENGURANGKAN BEBAN HIDUP rakyat dengan menurunkan harga minyak, tol dan lain-lain tarif; membekal barang keperluan yang mencukupi dan memperjuangkan gaji minima sebanyak RM 1500.