Wednesday, July 1, 2009

SHABERY CHEEK : HERO UMNO SEBENAR !!

  • Selepas PRU-12, ... hanya Shabery Cheek yang berani BERDEBAT di Pentas Terbuka untuk membincangkan Isu Semasa.
  • Shabery Cheek berani menyahut cabaran membincangkan isu kenaikan harga Minyak Petrol pada 15 Julai 2008.
  • Sedangkan menteri yang berkenaan Datuk Shahrir Samad wajar menjadi HERO.
  • Apabila Tuan Guru Hj Nik Aziz memperlawa berdebat ,........ mana hulubalang hulubalang UMNO ?
  • Andai PM SIBUK dengan tugasan ........ Ustaz Muhyiddin Yassin, Ustaz Zahid Hamidi, Ustaz Hishamuddin, Ustaz Shapie Apdal tak kan tak berani ??
# YB Fuad Jarkasi (YB Batu Pahat), Datok Tajuddin (YB Pasir Salak), Bung Mokhtar pon Apa Salahnya??

MANEK URAI : MENAMBAH KOLEKSI KEKALAHAN BN

  • Selepas kekalahan 4 kali berturut-turut, serta mengibarkan Bendera Putih di Penanti, kini Pertarungan Klasik di Manek Urai akan menjadi saksi sama ada UMNO-BN diterima atau terus ditolak dalam penyertaan PRK selepas Pasca PRU-12 bagi rekod di Semenanjung Malaysia.
  • Andai kalah,........ REKOD PERTEMUAN MENJADI = 6 - 0.
# Moga jentera Pakatan Rakyat berusaha demi mengekalkan momentum kemenangan.

Wednesday, May 13, 2009

PENGUNDI 'NEXT GENERATION'

  • Sejarah telah membuktikan betapa krisis Era Reformasi 1998, impaknya berlaku Tsunami pada PRU-12, 2008.
  • Dan apa yang berlaku di Perak,.. impaknya mungkin ibarat : Letusan Volcano yang laharnya akan mengalir di segenap penjuru Semenanjung Malaysia, merentasi banjaran Titiwangsa. Asapnya sudah mula berkepul-kepul. Dapat dilihat dari Perlis hingga ke Tambak Johor. Debu debunya sudah mulai GUGUR menyeresapi tanpa kita sedari.....

Monday, May 11, 2009

BUBAR DUN PERAK - TAMAT KEMELUT PERAK

  • Hanya pembubaran DUN, adakan semula PRK negeri Perak, mampu menstabilkan POLITIK di Perak.
  • Kumpulan mana yg menang kelak,.. tadbirlah amanah rakyat sebaiknya.

DS Dr ZAMBRY ... MB PALING SINGKAT.

  • Cukup! Cukuplah !!
  • Bermula dengan Rampasan yg diketuai DS Najib yg ketika itu Pengerusi UMNO Perak. Pelbagai situasa berlaku. 
  • DS Nizar dihalau dari Pejabat.
  • Persidangan Bawah Pokok 
  • PRK Bukit Gantang
  • Penamatan JKKK Kampung dan Masjid
  • Speaker 'diheret' dari dalam Dewan ...
  • Kini 11 Mei menyaksikan Mahkamah membuat keputusan bahawa MB yang SAH adalah DS Ir Mohammad Nizar
  • Cukuplah 96 hari, hati Rakyat Perak dilukai.
  • Pembubaran DUN - langkah paling bijak menamatkan kemelut ini
  • Berikan Kuasa Rakyat di Peti UNDI
  • Menang Puas Hati,.. Kalah Pon Puas Hati

Tuesday, April 7, 2009

KEPUTUSAN DUA BUKIT SATU BATANG

  • 7 APRIL 2009. SUDAH TERJAWAB
  • DUA BUKIT MILIK PAKATAN RAKYAT,.. SATU BATANG MILIK BN.
  • Isyarat jelas bahawa di semenanjung Malaysia, PAKATAN RAKYAT sedang membadai Gelombang Perubahan.
  • Buat semua Petugas , Sukarelawan PR, Muslimat Pas, Srikandi, Dermawan, BLOGERS...... moga momentum ini dapat dipertahankan dan lebih kuat.
-bard-

Tuesday, March 31, 2009

MB PERAK - ANTARA 2 MANDAT

  • Mandat Rakyat VS Mandat Lompat.
  • 7 April 2009, menjawab siapa pilihan Rakyat Perak
-Hanya kuasa Rakyat Untuk memilih Mandat -

AZALINA OTHMAN - TAK NAK LETAK JAWATAN

  • Dah la ........ dalam UMNO sendiri pon dah Tak Diberi Kepercayaan.
  • Tapi Masih lagi nak pegang JAWATAN.
  • Dulu........ isu YB Eli,... 'sibuk suruh dia 'Letak Jawatan '.
  • Inilah " Gila Kuasa + Muka Tak Malu.

Thursday, February 12, 2009

Menteri Besar POS ( Menang Undi POS )

Bagi DUN Pangkor.

  • Zambry ni, menang di kerusi DUN Pangkor. Hampir lebih separuh pengundinya adalah pengundi POS, dari kalangan kakitangan Angkatan Tentera Laut, yang berpengkalan di Lumut.
  • So, MB " MANDAT LOMPAT " Perak ke-11 ni = MB Undi POS.
  • Moga beliau dapat berkhidmat dan lakukan sesuatu kepada para pengundi POS di TLDM, Lumut . Janganlah buat DO NO jer dgn Mat Navy.

Sunday, February 8, 2009

2 Menteri Besar : P59 Bukit Gantang

Dato Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin VS Datuk Dr Zambry.

PERAK MEMILIKI 2 ORANG MENTERI BESAR.

Sebagai rakyat Perak, sekadar info di bawah Parlimen P74 Lumut, ada 3 DUN.

Iaitu, N50 Sitiawan yang dimenangi Ngeh Koo Ham (DAP), N51 Pasir Panjang yang dimenangi Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin (PAS) dan N52 Pangkor yang dimenangi Datuk Zambry Abd Kadir (UMNO-BN).

So ironiknya kini..., dalam Parlimen Lumut ... kini ada 2 MB

MB DS Ir Mohamad Nizar.

MB yang dipilih menerusi Pilihan Raya, suara rakyat. Tetap mengekalkan jawatan selagi mahkamah belum memutuskannya,.. serta menuntut 3 DUN yang 'lompat' didakwa telah gugur jawatan sebagai YB DUN masing masing kerana Surat Aku Janji yang telah ditanda tangani secara SEDAR, WARAS dan TENANG selepas kemenangan 8 Mac 2008 lalu.

Sewajarnya 3 DUN tersebut bukan milik sesiapa kerana sudah KOSONG..... wajar 3 kawasan tersebut ditentukan semula menerusi Pilihanraya Kecil.

MB Datuk Zambry

MB yang dipilih menerusi sokongan kepada BN kemasukan 3 DUN yang 'LOMPAT' didakwa BN masih sebagai DUN.

....tak payah aku ulas lebih lanjut. Sebab masih dalam proses Mahkamah dan aku amat menjunjung tinggi Kedaulatan YM Sultan Perak.

P59 BUKIT GANTANG

Alfatihah. Penyandangnya : Ustaz Roslan Shahrum telah pergi ke Rahmatullah pada 9 Mac 2009 di saat Kemelut Perak masih PANAS.

Maka Pilihan Raya Kecil yang bakal diadakan, pasti akan menjadi penilaian PERTEMUAN 2 orang MB antara Nizar dan Zambry. Siapa lebih berpengaruh?

Keputusan P59 pada PRU lepas.

yang BEST nyer dalam Parlimen ni... Changkat Jering pun ada. Berani ker YB Lompat Mohd Osman Mohd Jailu turun BERKEMPEN ?

Siapa akan Calon PR (Pas) dan BN (UMNO)?

Aku rasa lebih baik calon PAS = Nizar .... Calon UMNO = Zambry

Baru la BEST

Thursday, February 5, 2009

Assalamualaikum wth wbh

Saya rasa amat sedih, hampa dan kesal.....

Moga Dato Seri Ir Nizar, Exco serta seluruh ahli DUN, pimpinan Pakatan Rakyat tabah dan bersabar.

Biar kan mereka (BN-UMNO) gembira dan berdabik dada atas keangkuhan mereka merampas kuasa dengan cara yang dayus dan tidak bertamadun.

Hak,kuasa mengundi dan suara Demokrasi Rakyat PERAK lebih 60% dalam memilih Kerajaan Negeri telah diperkotak-katikkan oleh Najib-Zahid-UMNO-BN-SPR.

Rakyat Perak inginkan Pakatan Rakyat. Bukannya BN.

Kemelut ini,.. hanya akan memburukkan lagi imej Najib, UMNO dan BN (komponen BN) secara keseluruhan.

Manakala imej Pakatan Rakyat akan semakin meningkat dan dihormati.

Akhir kata,.. moga PRU-13 kelak ( 36-42 bulan akan datang ) ....... UMNO-BN akan menerima padah yang lebih dahsyat menerusi Suara Peti Undi rakyat Perak.

Dato Seri tetap Menteri Besar Perak di hati kami.

http://www.sinarpru13.blogspot.com/

Wasalam.

-BARD-

-Anak Jati DUN Pasir Panjang -Lekir, Sitiawan, Perak

Wednesday, January 14, 2009

Impak Kemelut Politik di Perak ( 03-02-09 )

Bagi aku, apa yang berlaku....... aku rumuskan;

Menambahkan Imej BURUK kepada Najib.

Bakal menjadi PM ( Mac 09) .Sanggup guna jalan pintas / DAYUS / Tidak Bertamadun untuk merebut kerajaan negeri Perak.

Memburukkan lagi IMEJ BN secara keseluruhan.

Parti parti komponen BN yang lain pasti juga akan TERKESAN dengan peristiwa ini.Semasa sidang media Najib, Pemimpin komponen BN lain tidak bersama-sama. Di mana MIC? MCA? PPP? GERAKAN? Aku rasa parti komponen BN lain juga tidak bersetuju.

Apa salahnya buat kerja dan tunggu PRU-13?

Kejar Perak.... Negeri Lain Tercicir?

Tak mustahil. Sebagaimana PRU 12, BN kejar Kelantan, 4 negeri lain tercicir. - Sekarang kejar Perak,.. Sabah, Sarawak, Negri 9, Melaka, Perlis, Johor, Pahang tercicir kelak. Siapa tau?

Tak Guna Terima Ahli Yang ROSAK / Tidak Berkualiti / Rasuah.

Inilah reaksi Tun Dr Mahadir . Kerana 3 orang, ... suara Peti Undi dinafikan

Cakap Tak Serupa BIKIN ( Lompat Parti).

Bila kes yang merugikan BN,.." Tidak Demokrasi dan Menghampakan Suara Rakyat" Bila kes meguntungkan BN,... " Inilah Demorasi, .. Rakyat Inginkan Perubahan "

Persepsi Kerajaan Yang Rasuah Semakin Menebal.

BN sanggup menerima dan bersekongkol 2 ahli DUN ( Changkat Jering / Behrang) yang dalam pertuduhan Rasuah demi menubuhkan Kerajaan Negeri.

Moga Dato Seri Ir Mohd Nizar tabah.

.. PRU-13 Kelak .... BN akan menerima balasannya