Thursday, February 12, 2009

Menteri Besar POS ( Menang Undi POS )

Bagi DUN Pangkor.

  • Zambry ni, menang di kerusi DUN Pangkor. Hampir lebih separuh pengundinya adalah pengundi POS, dari kalangan kakitangan Angkatan Tentera Laut, yang berpengkalan di Lumut.
  • So, MB " MANDAT LOMPAT " Perak ke-11 ni = MB Undi POS.
  • Moga beliau dapat berkhidmat dan lakukan sesuatu kepada para pengundi POS di TLDM, Lumut . Janganlah buat DO NO jer dgn Mat Navy.

Sunday, February 8, 2009

2 Menteri Besar : P59 Bukit Gantang

Dato Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin VS Datuk Dr Zambry.

PERAK MEMILIKI 2 ORANG MENTERI BESAR.

Sebagai rakyat Perak, sekadar info di bawah Parlimen P74 Lumut, ada 3 DUN.

Iaitu, N50 Sitiawan yang dimenangi Ngeh Koo Ham (DAP), N51 Pasir Panjang yang dimenangi Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin (PAS) dan N52 Pangkor yang dimenangi Datuk Zambry Abd Kadir (UMNO-BN).

So ironiknya kini..., dalam Parlimen Lumut ... kini ada 2 MB

MB DS Ir Mohamad Nizar.

MB yang dipilih menerusi Pilihan Raya, suara rakyat. Tetap mengekalkan jawatan selagi mahkamah belum memutuskannya,.. serta menuntut 3 DUN yang 'lompat' didakwa telah gugur jawatan sebagai YB DUN masing masing kerana Surat Aku Janji yang telah ditanda tangani secara SEDAR, WARAS dan TENANG selepas kemenangan 8 Mac 2008 lalu.

Sewajarnya 3 DUN tersebut bukan milik sesiapa kerana sudah KOSONG..... wajar 3 kawasan tersebut ditentukan semula menerusi Pilihanraya Kecil.

MB Datuk Zambry

MB yang dipilih menerusi sokongan kepada BN kemasukan 3 DUN yang 'LOMPAT' didakwa BN masih sebagai DUN.

....tak payah aku ulas lebih lanjut. Sebab masih dalam proses Mahkamah dan aku amat menjunjung tinggi Kedaulatan YM Sultan Perak.

P59 BUKIT GANTANG

Alfatihah. Penyandangnya : Ustaz Roslan Shahrum telah pergi ke Rahmatullah pada 9 Mac 2009 di saat Kemelut Perak masih PANAS.

Maka Pilihan Raya Kecil yang bakal diadakan, pasti akan menjadi penilaian PERTEMUAN 2 orang MB antara Nizar dan Zambry. Siapa lebih berpengaruh?

Keputusan P59 pada PRU lepas.

yang BEST nyer dalam Parlimen ni... Changkat Jering pun ada. Berani ker YB Lompat Mohd Osman Mohd Jailu turun BERKEMPEN ?

Siapa akan Calon PR (Pas) dan BN (UMNO)?

Aku rasa lebih baik calon PAS = Nizar .... Calon UMNO = Zambry

Baru la BEST

Thursday, February 5, 2009

Assalamualaikum wth wbh

Saya rasa amat sedih, hampa dan kesal.....

Moga Dato Seri Ir Nizar, Exco serta seluruh ahli DUN, pimpinan Pakatan Rakyat tabah dan bersabar.

Biar kan mereka (BN-UMNO) gembira dan berdabik dada atas keangkuhan mereka merampas kuasa dengan cara yang dayus dan tidak bertamadun.

Hak,kuasa mengundi dan suara Demokrasi Rakyat PERAK lebih 60% dalam memilih Kerajaan Negeri telah diperkotak-katikkan oleh Najib-Zahid-UMNO-BN-SPR.

Rakyat Perak inginkan Pakatan Rakyat. Bukannya BN.

Kemelut ini,.. hanya akan memburukkan lagi imej Najib, UMNO dan BN (komponen BN) secara keseluruhan.

Manakala imej Pakatan Rakyat akan semakin meningkat dan dihormati.

Akhir kata,.. moga PRU-13 kelak ( 36-42 bulan akan datang ) ....... UMNO-BN akan menerima padah yang lebih dahsyat menerusi Suara Peti Undi rakyat Perak.

Dato Seri tetap Menteri Besar Perak di hati kami.

http://www.sinarpru13.blogspot.com/

Wasalam.

-BARD-

-Anak Jati DUN Pasir Panjang -Lekir, Sitiawan, Perak