Sunday, February 8, 2009

2 Menteri Besar : P59 Bukit Gantang

Dato Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin VS Datuk Dr Zambry.

PERAK MEMILIKI 2 ORANG MENTERI BESAR.

Sebagai rakyat Perak, sekadar info di bawah Parlimen P74 Lumut, ada 3 DUN.

Iaitu, N50 Sitiawan yang dimenangi Ngeh Koo Ham (DAP), N51 Pasir Panjang yang dimenangi Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin (PAS) dan N52 Pangkor yang dimenangi Datuk Zambry Abd Kadir (UMNO-BN).

So ironiknya kini..., dalam Parlimen Lumut ... kini ada 2 MB

MB DS Ir Mohamad Nizar.

MB yang dipilih menerusi Pilihan Raya, suara rakyat. Tetap mengekalkan jawatan selagi mahkamah belum memutuskannya,.. serta menuntut 3 DUN yang 'lompat' didakwa telah gugur jawatan sebagai YB DUN masing masing kerana Surat Aku Janji yang telah ditanda tangani secara SEDAR, WARAS dan TENANG selepas kemenangan 8 Mac 2008 lalu.

Sewajarnya 3 DUN tersebut bukan milik sesiapa kerana sudah KOSONG..... wajar 3 kawasan tersebut ditentukan semula menerusi Pilihanraya Kecil.

MB Datuk Zambry

MB yang dipilih menerusi sokongan kepada BN kemasukan 3 DUN yang 'LOMPAT' didakwa BN masih sebagai DUN.

....tak payah aku ulas lebih lanjut. Sebab masih dalam proses Mahkamah dan aku amat menjunjung tinggi Kedaulatan YM Sultan Perak.

P59 BUKIT GANTANG

Alfatihah. Penyandangnya : Ustaz Roslan Shahrum telah pergi ke Rahmatullah pada 9 Mac 2009 di saat Kemelut Perak masih PANAS.

Maka Pilihan Raya Kecil yang bakal diadakan, pasti akan menjadi penilaian PERTEMUAN 2 orang MB antara Nizar dan Zambry. Siapa lebih berpengaruh?

Keputusan P59 pada PRU lepas.

yang BEST nyer dalam Parlimen ni... Changkat Jering pun ada. Berani ker YB Lompat Mohd Osman Mohd Jailu turun BERKEMPEN ?

Siapa akan Calon PR (Pas) dan BN (UMNO)?

Aku rasa lebih baik calon PAS = Nizar .... Calon UMNO = Zambry

Baru la BEST

1 comment:

Anonymous said...

cayalah.

bior 2 orang ni bertanding