Monday, April 28, 2008

Pade Doh !!! ... 18 Tahun Kelantan Di Anak Tirikan

Yang Amat Berhormat Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat : MB Kelantan
Bard, 29 Apr 2008.
Pade Doh Loh!
...
Wahai Pak Lah... sudahlah. Sudah 18 tahun! Kini satu penggal lagi Kelantan ditadbir dibawah kepimpinan kerajaan negeri PAS yang berjaya dengan kemenangan besar pada PRU-12 lalu. Terima lah kenyataan ini.
..
Sepanjang pentadbiran PAS, Kelantan dianak tirikan. Peruntukan pembangunan untuk rakyat yang dicatu berbanding negeri lain, oleh kerajaan pusat. Rakyat Kelantan berhak menerimanya sebagai rakyat Malaysia yang turut sama membayar cukai.
...
Permintaan MB Kelantan agar kerajaan Pusat membayar semula segala peruntukan yang sepatutnya kerajaan Kelantan terima, sejak dari 18 tahun lalu amat WAJAR.
...
Jika Tun Salleh Abbas boleh dapat pampasan atas isu Badan Kehakiman, Terengganu pula memohon kembali Hak Royalti 5%, mengapa Rakyat Kelantan tak boleh dapat?
..
Untuk pengetahuan, kerajaan Negeri Kelantan adalah kerajaan yang BEBAS RASUAH dan PENYELEWENGAN. Pastinya wang yang diperolehi akan terus disalur untuk kebajikan rakyat.
.....
Sudah sampai masanya, rakyat Kelantan berhak mendapat BONUS tersebut.
.......
Saya mendoakan agar Pak Lah menimbang permohonan tersebut sebagai HAK untuk Rakyat Kelantan.
...
Janji jani Pilihanraya yang lalu di mana satu Manifesto Khas untuk rakyat Kelantan, wajar dilaksanakan meskipun Kelantan tetap di bawah tadbir urus Pas.
.....
Moga Awang Adek, Anuar Musa, Tok Pa dan lain lain ... menyokong permintaan YAB Nik Aziz kerana ia selaras dengan aspirasi keadilan untk seluruh Rakyat Kelantan.
-bard- Guane Boh??

No comments: