Saturday, April 26, 2008

REFORMASI 1998 ... masih segar di ingatan .. (part 1)

Saya di tengah tengah ... ketika tu saya final year , UM.
Saya masih ingat, malam tu ketika bersama kawan-kawan (Azhari, Dzul, Mizi, Jeman ) lepak-lepak di lobi Kolej Kediaman Kelima, UM, Jack (anak seorang setiausaha politik dari Sabah) memberitahu mendapat panggilan telefon dari ayahnya .. bahawa Kuala Lumpur mungkin akan 'huru-hara' dan minta berhati-hati kerana Dato Seri Anwar Ibrahim telah dipecat dari UMNO.
Pas, PKR, Dap, PKR
Reaksi pertama saya, Tak Mungkin lah! Baru tak sampai 2 minggu sebelum itu, DSAI ada di UM atas jemputan 1 program... jika tak silap program melibatkan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya.
Pas, PKR, Dap, PKR
Keesokan harinya, heboh di dada-dada akhbar dan berita radio-tv. Memang benar. Semua orang TAK PERCAYA. Lebih-lebih lagi bila akhbar menyiarkan butiran Salah Laku DSAI, termasuklah: Penyalahgunaan Kuasa, Rasuah dan Liwat. Mengarut!! Mustahil !!!
Pas, PKR, Dap, PKR
Dari UM ke kediaman DSAI ketika itu di Bukit Damansara, hanya kira-kira 15 minit dengan menaiki motorsikal. Kerap juga saya dan beberapa rakan pergi ke kediaman DSAI yg kelihatan seperti Pesta. Kereta penuh sepanjang jalan. Para peniaga turut mengambil kesempatan. Ramai yang berkumpul disitu mengunjungi DSAI dan keluarganya untuk memberikan sokongan dan semangat. Pada sebelah malamnya, DSAI akan berceramah memberikan pidato dan mempertahankan diri betapa dirinya telah difitnah, dianiaya menerusi Konspirasi untuk menjatuhkan kerjaya dan sinar bintang politiknya.
Pas, PKR, Dap, PKR
Ketika itulah pecahnya tembelang. Satu demi satu cerita-cerita kekalutan di dalam pentadbiran politik dibongkar. Istilah 'kronisme, 'nepotisme' mula diperkenalkan. Edaran pamplet / salinan fotostat menceritakan segalanya.
Pas, PKR, Dap, PKR
Ketika itulah akhbar HARAKAH menjadi bahan bacaan anak muda. Satu lagi akhbar bernama "EKSLUSIF" turut muncul (kini sudah tiada). Dan beberapa lagi majalah politik muncul antaranya majalah TAMADUN (banyak dah tiada - mungkin permit ditamatkan). Semuanya sekitar isu Pemecatan DSAI.

DSAI diarak menuju ke Dataran merdeka

Kemuncaknya, satu perhimpunan raksasa REFORMASI diadakan di Masjid Negara sebelum berarak ke Dataran Merdeka. Pada ketika itu, Malaysia sedang menjadi tuan rumah Sukan Komanwell 98. Saya bersama-sama Pok Cik (Azhari) tidak ketinggalan menyertai perhimpunan bersejarah tersebut kira-kira jam 3.00 ptg.

Laungan REFORMASI!!! Bergema di Masjid Negara, DSAI telah berucap di satu penjuru ruang terbuka, dengan hanya menggunakan 'healer'. Ramainya penyokong .... tidak terkira. Mungkin mencecah ratusan ribu. ... namun ketika itu, hanya bangsa Melayu bersama-sama DSAI. Ada juga segelintir dari kaum Cina dan India.

Perhimpunan bersurai kira-kira jam 6 petang. Ada sekumpulan penyokong yg terus ke bangunan UMNO di PWTC.

Dan pada malamnya,... berita memberitahu DSAI telah diserbu dan ditangkap dirumahnya oleh Polis, Unit Tindakan Khas, dan terus dibawa ke Bukit Aman. Helikopter berlegar-legar di udara dengan 'spot light' nya yanmeninjau-ninjau kawasan UM.

.......... dan bermulalah detik Perjuangan Reformasi, Kisah DSAI Lebam, dan Proses Perbicaraan yang panjang dan mendapat liputan dunia, di Mahkamah Kuala Lumpur.

14 April disambut setiap tahun .. sebagai Black 14.

.............

Kini, demi Harapan Baru Untuk Malaysia ... umat bangsa Malaysia bersama-sama dalam gagasan Pakatan Rakyat. ...................

Di mana anda ketika krisis 1998 ??
-bard-

3 comments:

Anonymous said...

Thn 1998, time tu aku tingkatan 2, kat MRSM Melaka.

Sekarang dah boleh mengundi.

Sekian lama DSAI disepikan media.. sekarang.. hari hari cerita tentang DSAI.

Kassim Selamat said...

Di mana anda ketika krisis 1998 ?? sy spt sdr, di mana ada demontrasi...di situ ada sy.

Sy turut berada di masjid negara kita itu.

kini semua tinggal kenangan...

http://legendabuta.blogspot.com/

reformis lesu.

Anonymous said...

Kassim selamat.
tahniah.. time 1998,.. memang HOT.
Tapi yg peliknya waktu tu,... Tun Mahathir berjaya meyakinkan ramai org yg tindakan dia betul.

Ramai org2 UMNO main kipas,.. ikut jer danmenganggukkan kan ajer.

Ternyata,.. menerusi mahkamah juga DSAI dibersihkan.

-bard-