Monday, May 12, 2008

Poster Puteri Reformasi... punya cerita.

Gambar ni ... edisi PRU-12 yang lepas sempena minggu berkempen.
Memang ramai yang cari gambar ni. Cantik bila di'frame"kan.
....... Saya masih ingat semasa hari mengundi, kira-kira jam 11.00 pagi.. di Pondok panas di luar SM Bkt Pantai, Kg Kerinchi, ramai pengundi yang datang dari jauh singgah dan meminta Poster Nurul Izzah yang diletakkan di atas meja sehingga habis. Dan yang bergantung di keliling pondok panas pun, dicabut.
....
Nasib baik lah saya memang dah simpan awal-awal.
.........
Pada malam selepas diumumkan kemenangan Suara Rakyat di Lembah Pantai,.. sukarelawan PRU-PKR telah bergotong royong mencabut / membersihkan semua poster... ( memang ramai yang cari lepas tu ... menyesal tak simpan )
Dalam pejabat saya,.. memang ada Poster gergasi Nurul Izzah yang telah saya 'frame'kan. Ramai juga yang bertanya dan nak beli gambar tu. Minta Maaf Tak jual.
..... Dan saya attachkan beberapa edaran PRU lepas untuk tatapan.
kalau dulu .. poster Ustazah Hadhari : Dr Mahitah jadi rebutan ...
Poster Shahrizat ? ... rasanya dah Expired

Realliti harga Petrol di Negara2 Dunia

Kajian terbaru yang dibuat oleh AIRINC, Associates For International Research Inc. yang berpengkalan di Amerika antara Mac 17 hingga April 1, 2008 telah menunjukkan bahawa Malaysia adalah antara negara pengeluar minyak yang mempunyai harga minyak petrol domestik yang amat tinggi.
.........
Berdasarkan harga RM1.92 seliter dan 1 gelen bersamaan 4 liter, maka harga minyak petrol negara ialah USD2.40 segelen. Ini meletakkan negara kita di nombor melebihi 35 antara negara-negara yang paling murah harga minyak petrol domestik.
........
Berikut adalah perbandingan harga-harga minyak petrol negara lain untuk perbandingan berdasarkan USD segelen:
1. Venezuela 12 cents
2. Iran 40 cents
3. Saudi Arabia 45 cents
4. Libya 50 cents
5. Swaziland 54 cents
6. Qatar 73 cents
7. Bahrain 81 cents
8. Egypt 89 cents
9. Kuwait 90 cents
10. Seychelles 98 cents
... 38. Malaysia $2.40 ( !! )
45. United States $3.45
...........
( TQ- Khoiruddin )

Friday, May 9, 2008

Nasib 3 Abdul

Ibarat 3 Abdul .... Abdul Azeez , Reezal Merican dan Khairy
Segalanya berubah selepas PRU-13.
.......
Abdul Azeez bertanding di Baling dan tewas dgn Ustaz Azamudin. Mungkin lepas ini Azeez perlu fikirkan beberapa program baru untuk Mat Mat Rempit.
Harap jangan guna duit rakyat untuk program membazir ... sudahlah.
.....
Khairy bernasib baik apabila menang di Rembau. Kini lantang di Parlimen. Moga tebalkan sikit telinga apabila mendengar hujah hujah Pakatan Rakyat.
.......
...Reezal, tak bertanding tapi kini suaranya amat GLAMER dengan menggunakan status Presiden GPMS. Tak tahulah sama ada ia pandangan peribadi atau pandangan keseluruhan ahli GPMS.

Monday, May 5, 2008

Hentikanlah Perbelanjaan Duit Rakyat yang Membazir

1. PERLANTIKAN MENTERI DAN PENASIHAT YANG TIDAK RELEVAN
Datuk Shahrizat (kalah kpd Nurul Izzah) dilantik sebagai senator/penasihat dalam hal ehwal wanita dengan gaji RM 33k sebulan. Apa fungsi Menteri Pembangunan Wanita & Sosial Dato' Ng Yen Yen? Bukankah ia bertindih dan hanya membazir?
...
Manakala Datuk Seri Zulhasnan (menang undi POS) pula, dilantik semula sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Sedangkan WPKL dikuasai Pakatan Rakyat. Apa pula fungsi DBKL dan hanya merumitkan agihan kepada wakil rakyat PR yang menguasai 10 daripada parlimen di WPKL.
2. CHAMPIONS YOUTH CUP
Kos daripada FAM ( Menteri belia dan sukan ) sebanyak 17 juta. Membazir. Tahun 2007, dilaksanakan sebagai salah satu agenda Tahun melawat Malaysia. Sepanjang penganjuran stadium kosong. Kualiti pemain negara masih di takuk lama malah makin merosot anak tangga di dalam ranking bola sepak Fifa.
Banyak 17 juta tu ...
3. MONSOON CUP, TERENGGANU
Terbaru 42 juta lagi duit rakyat akan dibelanjakan untuk mendalamkan dasar laluan acara tersebut. Semasa penganjuran ... apa yg rakyat Terengganu dapat? Hanya sebagai penonton? Yang dapat kepentingan golongan mewah dan pelancong asing...............................Guane boh?
4. PROGRAM ANGKASAWAN NEGARA
Cukuplah Sheikh Muzaffar seorang yang telah dihantar dengan kos berjuta juta ringgit. Dr SMS sendiri memohon agar tidak perlulah untuk misi kedua.
5. PEMBELIAN KAPAL SELAM
Perbelanjaan penyelenggaraan / 'maintainance ... $$$$ (duit rakyat). Belum lagi dengan pelbagai desas desus pembelian mengatakan melibatkan komisen dan kes ......
.........
KORANG FIKIR LA SENDIRI!!!!
Banyak lagi .... senaraikan

Anwar - Abdullah

Terkenang semasa dulu...
Teori RAHMAN ... "A" milik mu ... Abdullah
..
Terkenang semasa dulu...
Anwar : Masyarakat Madani,.. Pak Lah : Islam Hadhari
..
Terkenang semasa dulu...
PRU-2004 ... Anwar masih Terpenjara .. Abdullah menang SELESA
..
Tapi kini..
Lain Maciam ...

GPMS ... dipolitikkan.

GPMS ( Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ) kini sudah dipolitikkan apabila ia diterajui oleh orang politik, dan sudah lari dari konsep asal sebagai NGO.

.........

Dulu,.. time aku masih sekolah dulu, aku masih ingat yang GPMS ni, banyak membantu pelajar Melayu terutama bila nak menghadapi peperiksaan SPM / STPM. GPMS telah mengadakan seminar, kursus Motivasi, Kursus Teknik Menjawab Soalan, menyediakan Contoh Soalan dan Soalan Ramalan. Aku yakin ramai yang bersetuju.

..........

Tiada langsung Agenda Politik diserapkan pada waktu itu... Tapi, sejak selepas tsunami PRU-12... yang melihatkan UMNO - Be End dalam keadaan GAWAT,... GPMS seperti dipolitikkan. ..

Menerusi Reezal Merican,... tak tahulah... nampak macam nak jadi HERO dan melonjakkan diri atau nak GLAMOUR kan diri mencari PUBLISITI.
...
ISU DASAR EKONOMI BARU ( DEB)
Bermula dengan isu DEB di Pulau Pinang,.. (putar belit media) nak buat ROAD SHOW ke IPT menerangkan DEB. Cuma aku rasa .. maybe tak dapat sambutan ataupun .... Pentadbiran IPT sendiri lebih layak kalau nak ajar apa itu DEB pada siswa-siswi. Silap haribulan .. siswa-siswi lagi arif dan akan bertanyakan :
" Loan PTPTN yang kami tanggung ni .. dengan caj 3% ... DEB tak bantu ke?"
...
ISU KETUANAN SULTAN DAN RAJA RAJA MELAYU
Memang aku yakin semua orang sokong untuk terus menjunjung ketuanan Sultan dan Raja Raja Melayu. Tapi jangan lah "double standard". Yang berlaku di Perak .. kecoh, walaupun sudah diselesaikan dengan cara berkhemah.
..
Kes banner "NATANG" di Terengganu ... apasal GPMS senyap jer?? Bukankah ia jelas menghina kesultanan Melayu?
Media berita elektronik dan akbar pon senyap jer .. macam isu tu dah ditutup.
..
Harus diingat, dalam GPMS pon mesti ada org2 Pas dan KeADIL an
..
-bard-