GPMS ( Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ) kini sudah dipolitikkan apabila ia diterajui oleh orang politik, dan sudah lari dari konsep asal sebagai NGO.
.........
Dulu,.. time aku masih sekolah dulu, aku masih ingat yang GPMS ni, banyak membantu pelajar Melayu terutama bila nak menghadapi peperiksaan SPM / STPM. GPMS telah mengadakan seminar, kursus Motivasi, Kursus Teknik Menjawab Soalan, menyediakan Contoh Soalan dan Soalan Ramalan. Aku yakin ramai yang bersetuju.
..........
Tiada langsung Agenda Politik diserapkan pada waktu itu... Tapi, sejak selepas tsunami PRU-12... yang melihatkan UMNO - Be End dalam keadaan GAWAT,... GPMS seperti dipolitikkan. ..
Menerusi Reezal Merican,... tak tahulah... nampak macam nak jadi HERO dan melonjakkan diri atau nak GLAMOUR kan diri mencari PUBLISITI.
...
ISU DASAR EKONOMI BARU ( DEB)
Bermula dengan isu DEB di Pulau Pinang,.. (putar belit media) nak buat ROAD SHOW ke IPT menerangkan DEB. Cuma aku rasa .. maybe tak dapat sambutan ataupun .... Pentadbiran IPT sendiri lebih layak kalau nak ajar apa itu DEB pada siswa-siswi. Silap haribulan .. siswa-siswi lagi arif dan akan bertanyakan :
" Loan PTPTN yang kami tanggung ni .. dengan caj 3% ... DEB tak bantu ke?"
...
ISU KETUANAN SULTAN DAN RAJA RAJA MELAYU
Memang aku yakin semua orang sokong untuk terus menjunjung ketuanan Sultan dan Raja Raja Melayu. Tapi jangan lah "double standard". Yang berlaku di Perak .. kecoh, walaupun sudah diselesaikan dengan cara berkhemah.
..
Kes banner "NATANG" di Terengganu ... apasal GPMS senyap jer?? Bukankah ia jelas menghina kesultanan Melayu?
Media berita elektronik dan akbar pon senyap jer .. macam isu tu dah ditutup.
..
Harus diingat, dalam GPMS pon mesti ada org2 Pas dan KeADIL an
..
-bard-
No comments:
Post a Comment