Sunday, July 27, 2008

.. dan Bila PM nak Letak Jawatan

suasana berbeda...
... hanya sekadar melengkapkan dan mengakhirkan
Teori RAHMAN

Saturday, July 12, 2008

APRIL 2009 ... pelengkap teori RAHMAN

TAHNIAH PAK NAJIB. ........... maka lengkaplah Teori RAHMAN milik UMNO-BN.
AMBIK La Huruf " N" tu.
Mampukah Pak Najib memikul 'beban' UMNO-Be End dalam menghadapi PRU-13?
Mengikut firasat dan analisis keputusan PRU-12 lalu, aku rasa hanya pada PRU-13 kelak,.....2 buah negeri sahaja masih milik BN ( Pahang dan Johor) . 
Tu pun nyawa-nyawa ikan.
Jadilah ... dapat jadi PM 2-3 tahun.
Dan lepas PRU-13 nanti,... jadi Ketua Pembangkang di Parlimen

Petronas: No. 8 Paling Untung di DUNIA.

Laporan terbaru yang tidak disensasikan di mana-mana media arus perdana, kecuali Berita Harian 11 Jul 2008, menyebut betapa Petronas adalah syarikat paling mencatatkan UNTUNG di tangga ke-8 di DUNIA, dan ... mungkin no 1 di ASIA.
..
Dalam pemahaman aku,.. UNTUNG = setelah tolak semua aspek kos pengeluaran. So ...
.. Hari-hari kita isi minyak Petrol,.. kerajaan yang masih diberi mandat tadbir urus harta negara (minyak) kata dah tak larat tanggung subsidi (insentif) untuk minyak.
..
Lantaran tersebut,.. semua barang/makanan/perkhidmatan naik harga.
...
Negeri-negeri pengeluar Minyak terutama Sabah dan sarawak pun masih mundur... kalau kat jalan-jalan kampung.. sedih tengok. Macam jalan dalam ladang Sawit........
....
So,
..
KORANG PIKIR LA SENDIRI!!!

Friday, July 4, 2008

Kemelut CYC : RM 8 Juta ... Leburrr !!!!

Kemelut penganjuran CYC 2008 antara FAM, Kementerian Belia dan Sukan dan Gifted Group,.... bukti satu lagi kegagalan Perancangan pihak Kerajaan menangani satu program yang jelas tiada Profesionalisme dalam pengurusan penganjuran.
..
Yang tinggal hanya : Membazir masa dan DUIT RAKYAT.
..
Pemberian Awal RM 8 JUTA kepada Gifted Group,... jelas satu tindakan yang tiada perancangan yang jelas.
..
"Sudah Jatuh Baru Tergadah"...
" Ayam Terlepas, Tangan Berbau Tahi".
..
Sewajarnya, pihak FAM menasihati / mengajar pihak gifted Group agar mengikut prosedur yg betul dengan tidak membelakangkan FAM ( Yang mulia Tuanku Presiden FAM).
Bukannya lepas tangan begitu sahaja.
..
Tapi,.. dengan reputasi Sebagai Penganjur ( membazir RM 17 juta d ) yang hanya menjadi AYAM KAMPONG Belasahan jika CYC berlangsung.
Memalukan sahaja.
Penonton yang hadir pun pakai jersi bola Pasukan Lain ... Stadium pon kosong.
...
Terkini.. kedudukan Malaysia di dalam FIFA .. ranking ke 169. Amat mengecewakan.
..
Persoalannya kini,.. Adakah RM 8 juta pemberian awal dapat dipulangkan atau FAM bakal disaman dengan perlu membayar lebih lagi daripada KOS Asal RM 17 Juta?
..
Apapun.. RM 8 juta tu ... amat banyak dan membazirkan Duit Rakyat Malaysia.

Ganjaran RM 1 Juta .. Pingat Emas Olimpik Beijing 2008

MEMBAZIR dan MENGARUT !! ...
Inilah reaksi aku bila aku dengar kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) nak bagi RM 1 Juta .. DUIT RAKYAT kepada pemenang pingat emas di olimpik Ogos nanti.
...
Tatkala Rakyat Mengikat Perut akibat kenaikan kadar inflasi lantaran keputusan kerajaan GAGAL mengurus keuntungan jualan MINYAK untuk diagih kepada rakyat, ... peningkatan 600% ganjaran pingat emas kepada RM 1 juta memang TAK PATUT.
...
Tak tahulah .... selama ini pun,.. semua kos latihan, elaun, pencen, pakaian dll.. sudah ditanggung oleh Duit Rakyat. ... Kini hadiah kemenangan untuk individu pula hendak diambil daripada Tabung Duit Rakyat untuklalu tinggi nilainya.
..
Bukannya untuk meningkatkan kualiti dan nama Malaysia... malah kelak melahirkan atlit Bermata Duitan demi mengejar RM 1 juta.
-bard-