Friday, July 4, 2008

Ganjaran RM 1 Juta .. Pingat Emas Olimpik Beijing 2008

MEMBAZIR dan MENGARUT !! ...
Inilah reaksi aku bila aku dengar kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) nak bagi RM 1 Juta .. DUIT RAKYAT kepada pemenang pingat emas di olimpik Ogos nanti.
...
Tatkala Rakyat Mengikat Perut akibat kenaikan kadar inflasi lantaran keputusan kerajaan GAGAL mengurus keuntungan jualan MINYAK untuk diagih kepada rakyat, ... peningkatan 600% ganjaran pingat emas kepada RM 1 juta memang TAK PATUT.
...
Tak tahulah .... selama ini pun,.. semua kos latihan, elaun, pencen, pakaian dll.. sudah ditanggung oleh Duit Rakyat. ... Kini hadiah kemenangan untuk individu pula hendak diambil daripada Tabung Duit Rakyat untuklalu tinggi nilainya.
..
Bukannya untuk meningkatkan kualiti dan nama Malaysia... malah kelak melahirkan atlit Bermata Duitan demi mengejar RM 1 juta.
-bard-

No comments: