Saturday, April 26, 2008

PAK LAH !!! Jangan Undur .....

Pelbagai desakan diterima oleh Pak Lah. Dari kiri, kanan, depan dan belakang.
Walaupun pada peringkat awal,.. semua pihak ( ahli UMNO dan komponen BN) menyatakan pendirian berdiri teguh untuk bersama-sama mengharungi TSUNAMI PRU-12, 8 Mac lalu.
Bagi saya, .. dan saya yakin kita semua mahukan agar Pak Lah terus kekal menerajui Kapal BN yang sudah tidak segagah dulu.
MENERUSKAN AGENDA
Teruskanlah segala Agenda. Projek pelbagai pembangunan wilayah koridor, Islam Hadhari dan sebagainya ... Rakyat sentiasa menilai dan memerhatikan.
Kenaikan Harga Barang Keperluan, Tol, Isu Rasuah dan Badan Kehakiman, Pengangguran, Yuran Pendidikan, .... moga menjadi Agenda Utama.
Berjaya atau Gagal ... namun umpama "sudah terhantuk baru tergadah" dan 5 buah negeri yang kini telah menjadi kerajaan Pakatan Rakyat,.. umpama kata-kata Karam Singh Walia "Ayam Terlepas, Tangan Berbau Tahi"
....................
Lebih lama Pak Lah sebagai PM ... " korang fikir la sendiri !!!"

No comments: