Tanggal 12.01 am 15 April, tamatlah sudah larangan berpolitik ke atas DSAI yang telah dikenakan ke atas beliau atas dakwaan/hukuman yang nyata satu fitnah keji ke atas beliau.
DSAI "Gentleman". Berani kerana benar. Beliau bukannya seperti mana mana pemimpin negara lain yang melarikan diri untuk mendapatkan suaka politik di negara lain. Beliau rela "melawan" dan akhirnya beliau terkurung di penjara Sungai Buloh.
Dari 1997 - 2008,.. satu masa yang lama di mana Rakyat kerugian kerana seorang pemimpin yang dinamis, berkarisma dan berkaliber ini dinafikan untuk berjuang dalam politik dan mencetuskan idea idea berani dan lantang untuk kemajuan Malaysia.
Kini DSAI sudah BEBAS dari "meditasi" yang panjang, yang lebih mematangkan beliau. Rehat yang panjang sudah berlalu.
Sama samalah kita mendoakan agar segala perancangan beliau menerusi kerjasama erat antara PKR, Pas dan DAP menerusi PAKATAN Rakyat, akan membawa Malaysia ke arah SINAR HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA.
Khususnya ia diterjemahkan menerusi urus tadbir yang cemerlang di 5 buah negeri; Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan di samping Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Moga PRU-13 yang bakal mendatang,.. saya jangkakan pada 2013, adalah PRU yang menjana kemenangan Pakatan Rakyat secara Total bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang lebih dinamik dan bertunjangkan Ketuanan Rakyat.
-bard-
4 comments:
TAHNIAH!!!!
SEMOGA LAMAN INI MENJADI MEDAN BUAH BICARA PELBAGAI LAPISAN UTK DIKONGSI BERSAMA.
YANG PENTING KITA MESTI BERSATU HAPUSKAN KEZALIMAN, TEGAKKAN KEADILAN TAKKIRA SIAPA.TAKBIR!
Cayalah bard.Dah jadi blogger nampak!!
Aku harap hang rajin update n letak isu2 terkini.
Nanti aku hebah2 kan blog ni
Joi, Ipoh
DSAI .. kembali bangkit setelah dimalukan dengan fitnah yg keji.
Moga DSAI akan dapat menyatukan seluruh rakyat Malaysia dan menguatkan lagi Pakatan Rakyat utk memacu Malaysia ke arah Harapan Baru Utk Malaysia.
Dan ... moga Nurul Izzah juga dapat menjalankan tanggungjwab sbg wakil rakyat dgn lebih matang.
Takbir!!!
TQ mr Bard krn kemunculan blog ini.
Zaini, Pantai Dalam Lembah Pantai.
16 SEPTEMBER 2008 "HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA" KENAPA TIDAK MENJADI KENYATAAN DAN KEJAYAAN? DI MANA SILAPNYA YA...IKHLAS SAYA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA INGIN NYATAKAN BAHAWA SETELAH SAYA AMATI DENGAN LEBIH MENDALAM RUPANYA DALAM DUNIA PENTADBIRAN SESEBUAH NEGARA BUKAN BEGITU MUDAH UNTUK MENTADBIR...MEMBANGKANG MEMANG SENANG TAPI DALAM BAB MEMERINTAH NI MASYALLAH BAGI KAMI HANYA DAPAT TEPUK DADA TANYA IMAN BUKAN SELERA.
DALAM HADIS NABI SAW ADA MENYATAKAN "JIKA KITA HENDAK MEMBERITAHU SESEORANG ITU BANYAK BAIKNYA ATAU BANYAK BURUKNYA WALAU APA YANG KITA HENDAK BERITAHU ITU PERKARA BAIK TETAPI LEBIH BANYAK BURUKNYA MAKA LEBIH BAIK KITA DIAM SAHAJA".
OLEH ITU SAYA MEMBUAT KESIMPULAN SIAPA YANG MEMERDEKAKAN NEGARA KITA? SIAPA BAPA KEMERDEKAAN KITA? APA IBU NEGARA KITA? APA NAMA ASAL PARTI ORANG-ORANG MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM NEGARA KITA?
WAL ASAL BALIK ASAL...TAATLAH PADA ALLAH PADA RASUL DAN ULUL AMRI YANG SEDIADA BERPANDUKAN AL QURAN DAN HADIS (UNTUK AKHIRAT) SERTA RUKUNEGARA (UNTUK DUNIA).PESAN NABI SAW KEPADA UMATNYA DI AKHIR ZAMAN NANTI SEMUA PERKARA HENDAKLAH DILAKUKAN SECARA PENUH KESEDERHANAAN IAITU TIDAK MELAMPAUI BATAS-BATAS AJARAN AGAMA ISLAM . WALLAHUALAM.
Post a Comment