Saturday, April 26, 2008

ISU BABI DI SELANGOR : Jangan Putar Belit Rakyat

MB Selangor : Tan Seri Khalid Ibrahim. ... Tindakan berani dan Telus
Umum telah mengetahui Selangor akan meneruskan projek Penternakan Khinzir secara berpusat, moden dan berteknologi tinggi di Kg Tumbok, Sepang Selangor.

Fakta yg perlu diketahui dan diakuii:

MENGATASI MASALAH PENCEMARAN

Menerusi penternakan moden ini, masalah pencemaran yang teruk (warisan urus tadbir BN) dapat diatasi. Tiada bau busuk, tiada bendalir kotor keluar, tiada sungai yang tercemar. Sifar pencemaran,.. menerusi teknologi German. Sewajarnya ia satu langkah terpuji yang sering diminta oleh wartawan TV3, Karam Singh Walia.

PEMUSATAN KAWASAN PENTERNAKAN

Penternakan sedia ada berterabur di seluruh Selangor dan menimbulkan pelbagai masalah. Menerusi pemusatan ini, tiada lagi ladang baru untuk dibuka di mana mana tempat di Selangor.

KOS PROJEK 100 JUTA DITANGGUNG PENTERNAK DAN PELABUR

Segala kos yang melibatkan projek tersebut bukan menggunakan dana DUIT RAKYAT seperti mana yang diaminkan oleh media dan kenyataan kenyatan dari pihak BN. Pelabur dan Penternak telah bersetuju untuk menanggung segala kos termasuk kos pembelian tanah, pembinaan dan penyelenggaran jangka panjang.

MERINTIS AGRO BIO TEKNOLOGI DALAM PENTERNAKAN BABI

Sewajarnya langkah penternakan berteknologi tinggi ini diberikan pujian kerana kejayaannya kelak, boleh dijadikan contoh dan diguna pakai di negeri negeri lain seperti Melaka dan Negri sembilan yang mempunyai bilangan Khinzir yang banyak.

MEMENUHI PERMINTAAN MASYARAKAT CINA

Demi keadilan dan keperluan masyarakat Cina untuk jangka panjang, keputusan projek tersebut jelas satu keputusan bijak yang bersifat "win-win situation" antara pihak kerajaan negeri dan rakyat masyarakat Cina.

Malangnya,

Keputusan Kerajaan Negeri Selangor tersebut telah dijadikan ISU Politik yang dimainkan oleh media arus perdana... TV3, RTM, Utusan.

Gambar dan rakaman pencemaran yang wujud disiarkan. Kita bukannya BODOH!!

Bagi saya

" Semua yang disiarkan adalah WARISAN Kegagalan Urus Tadbir kerajaan yang sebelumnya".

"Mengapa selama ini tak atasi masalah tersebut?"

"Mengapa perkara tersebut tidak disensasikan sebelum ini"

"Langkah Tan Seri Khalid untuk MENGATASI... bukannya MENAMBAH lagi pencemaran sedia ada"

"Mengapa Tan Seri Khalid tidak dibenarkan 1 jam seminggu di Radio Selangor FM untuk menyampaikan penerangan kepada rakyat?"

..........

Saya harap, kita sama sama cuba menyebarkan hal yang sebenar kepada Masyarakat sama ada menerusi E-mail, sebaran 'pamplet' dan sebagainya.

-bard-

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum wth

Memang betul!! sepatutnya keputusan MB selangor dipuji.. bukannya dicaci.

Negri lain terutama MB Nogori dan Melaka,.. kena belajar dgn MB Selangor.

Jgn la EGO tak bertempat.

Anonymous said...

Saya sebagai penduduk Selangor,... memang tertunggu2 segmen 1 jam bersama MB.

Sblm ni Segmen tu memang ada sejak zaman Khir Toyo.

Time tempoh berkempen lepas,.. bukan main lagi si Khir Toyo dgn DJ Abg Zenal auw!! mengempen dan menghentam Pas, Pkr, Dap.

Siap cakap " Selangor dah lama dah membuat negeri berkebajikan ... Darul ehsan tu maksudnya Kerajaan Berkebajikan ... last2 ... terduduk Khir Toyo!! Pertama kali dalam sejarah Selangor ditawan pembangkang.

Selangor FM patut sangat la dihalau berambus... apa guna Tan Seri Khalid jadi MB kalau tak diberi peuang pada dia membuat penerangan di Radio.

Bukannya lama.. 1 jam seminggu jer.

Ni semua adalah percaturan Menteri Penerangan yang baru si Shabery Chik yang nak tunjuk HERO.

Radio Selangor start dari jam 6 pagi - 12 tgh malam (18jam) Kalau bagi 1 jam seminggu, ...
BN ada lagi 95 jam seminggu.

Yg saya dengar .. Selangor FM lebih suker gunakan waktu siaran dengan hiburan dan perbualan kosong yg melalut lalut kat Radio.

Kalau malam Sabtu .. siap ada Karaoke On Line ... memang hampeh.