Saturday, April 26, 2008

TOL ... Kutipan Sudah lebih dari Kos Pembinaan.

Pembinaan Lebuhraya yang selesa adalah tanggungjawab pemerintah yang diberi mandat oleh rakyat untuk rakyat. Wajarkah Rakyat perlu membayar untuk menggunakan kemudahan tersebut?
Berdasarkan keratan akhbar Harian Metro 22 Mac 2007, kira kira sebulan selepas rakyat Malaysia menyambut dan bercuti sempena Tahun Baru Cina, laporan kutipan tol yang dinyatakan amat mengejutkan. Dalam masa 12 hari sahaja, 105 juta telah berjaya dikutip daripada rakyat/pengguna lebuh raya di seluruh Malaysia.

Berapa pula JUMLAH kutipan sehingga hari ini?

Bagi saya :

Kerajaan yang telah diberi mandat untuk mengurus tadbir DANA DUIT RAKYAT dan Pembangunan Negara untuk Rakyat, wajar menyediakan segala kemudahan untuk keselesaan rakyat dengan PERCUMA.

Tetapi kita terpaksa dengan Wajah Tersenyum Bangga membayar TOL, kemudahan untuk Rakyat setelah tangan yang sama mengundi memberikan BN mandat.

Segala kos pentadbiran dan penyelenggaran, gunakan sajalah DUIT RAKYAT yang telah diberi mandat untuk mentadbirnya.

Jika GAGAL, berikan kepada pihak PAKATAN RAKYAT untuk mentadbir dana tersebut.

Fakta yang perlu diketahui :

1. Kutipan TOL sehingga 2006 = RM 23.656 billion, tidak termasuk Pampasan/Subsidi Kerajaan = RM 38.5 billion. Kos Pembinaan Semua Lebuh Raya = RM 18.930 billion

2. Maka, pengendali telah mencatat KEUNTUNGAN MELAMPAU : RM 43 billion (62-19)

3. Hingga kini kutipan terus dikutip. Tidak Adil kepada Pengguna/Rakyat dan bercanggah dengan ASPIRASI NASIONAL.

........................................

Jika saya tidak silap, sepatutnya TOL Plus akan dinaikkan pada 2008, setelah kenaikan terakhir pada 2005. Tapi tak tahulah mengapa lepas PRU 12, masih belum diumumkan kenaikan TOL tersebut. Adakah kerana DS Samy Vellu sudah tiada di kabinet menyebabkan tak ada siapa yang berani nak membentangkan kenaikannya.

Dan, Plaza Tol di atas Jambatan Sultan Mahmud di Terengganu telah dirobohkan dan dimansuhkan selepas PAS berjaya merampas Terengganu pada 1999. Tapi selepas berjaya ditawan semula BN, Tol tersebut tidak dihidupkan semula hinggalah ke hari ini.

...

-bard-

3 comments:

Anonymous said...

walaupun aku balik ke pantai timur kene TOL MTD kat GOMbak RM5 dan kat Bentong RM 3 ...

kadang2 aku rasa mengarut jer tol tu.

Rasa nak langgar jer Tol tu

Anonymous said...

Aku pelik dgn Rakyat Johor dan Perlis.

Diaorang stil dgn BN maybe bila balik dari KL ke Johor or Perlis , bila guna Lebuhraya PLUS, dapat TOL PERCUMA kot.

Sebab tunjuk IC negeri Johor/Perlis, dikecualikan bayar TOL sebab BN menang..

Aku tak sabar nak dengar, berani jugak ke Pak Lah nak umumkan kenaikan harga Tol Plus yg wajib dinaikkan setiap 3 tahun sekali.

Anonymous said...

Untuk pengetahuan, aku sekarang ni kalau nak balik ke Perak,.. aku dah lama dah tak ikut highway Plus.

Aku ikut jalan dalam. Dari Kepong-Sg Buloh-Sabak Bernam-Teluk Intan.

Jimat Tol dekat RM 20.

Bayor minyak ajer le ..

-bard-