Sunday, July 27, 2008
Saturday, July 12, 2008
APRIL 2009 ... pelengkap teori RAHMAN
Petronas: No. 8 Paling Untung di DUNIA.
Friday, July 4, 2008
Kemelut CYC : RM 8 Juta ... Leburrr !!!!
Ganjaran RM 1 Juta .. Pingat Emas Olimpik Beijing 2008
Friday, June 20, 2008
Ketua Polis Negara : Tan Seri Musa Hassan ... wajar DIGANTUNG TUGAS?
...........
-bard-
Sunday, June 15, 2008
RAKYAT MALAYSIA UMPAMA PENGEMIS TERHORMAT
Saturday, June 14, 2008
UBAH GAYA HIDUP
Friday, June 6, 2008
Gurindam Minyak Naik ... Untuk Pak Lah
Dah tak larat nak tanggung cukai Sini cukai, sana cukai Dari tanah sampai ke pintu punya ada cukai Dah sampai masa kot Pak Lah kena guna akai
......... Jangan dok ingat rakyat macam Pak Lah Gaji berpuluh ribu hidup tak susah Ada anak pulak bisnes sebelah sebelah Dapat tender pun tak payah susah susah
.............. Kami rakyat bukan macam tu Malah la nie pun dah ada rebus siput babi dgan batu Sedih sungguh ohhhh negara ku Biar tak merdeka terus pun tak la kalau lagu tu
............ Dah sampai masa Pak Lah ingat Selesai masalah rakyat cepat cepat Nanti kot rakyat naik meluat Satu undi pun Pak Lah tak dapat
......... Cukup la sampai di sini Tobat dah...aku tak mengundi BN kali nie Parti Barang Naik pulak kot jadi depa lani Kot ada sapa nak Barang Naik lagi undi la depa lagi.
...... ..... TQ ... drpd Khoi
Thursday, June 5, 2008
JANJI DATO SERI ANWAR IBRAHIM ... berhubung Harga Minyak
Monday, May 12, 2008
Poster Puteri Reformasi... punya cerita.
Realliti harga Petrol di Negara2 Dunia
Friday, May 9, 2008
Nasib 3 Abdul
Monday, May 5, 2008
Hentikanlah Perbelanjaan Duit Rakyat yang Membazir
Anwar - Abdullah
GPMS ... dipolitikkan.
.........
Dulu,.. time aku masih sekolah dulu, aku masih ingat yang GPMS ni, banyak membantu pelajar Melayu terutama bila nak menghadapi peperiksaan SPM / STPM. GPMS telah mengadakan seminar, kursus Motivasi, Kursus Teknik Menjawab Soalan, menyediakan Contoh Soalan dan Soalan Ramalan. Aku yakin ramai yang bersetuju.
..........
Tiada langsung Agenda Politik diserapkan pada waktu itu... Tapi, sejak selepas tsunami PRU-12... yang melihatkan UMNO - Be End dalam keadaan GAWAT,... GPMS seperti dipolitikkan. ..
Tuesday, April 29, 2008
GANDINGAN MANTAP DALAM KENANGAN ..
SuperDet ... RE U TURN ( main tepi tepi jer )
Suara Rakyat ke Parlimen ... selamat bersidang
Monday, April 28, 2008
Pade Doh !!! ... 18 Tahun Kelantan Di Anak Tirikan
Saturday, April 26, 2008
TOL ... Kutipan Sudah lebih dari Kos Pembinaan.
Berapa pula JUMLAH kutipan sehingga hari ini?
Bagi saya :
Kerajaan yang telah diberi mandat untuk mengurus tadbir DANA DUIT RAKYAT dan Pembangunan Negara untuk Rakyat, wajar menyediakan segala kemudahan untuk keselesaan rakyat dengan PERCUMA.
Tetapi kita terpaksa dengan Wajah Tersenyum Bangga membayar TOL, kemudahan untuk Rakyat setelah tangan yang sama mengundi memberikan BN mandat.
Segala kos pentadbiran dan penyelenggaran, gunakan sajalah DUIT RAKYAT yang telah diberi mandat untuk mentadbirnya.
Jika GAGAL, berikan kepada pihak PAKATAN RAKYAT untuk mentadbir dana tersebut.
1. Kutipan TOL sehingga 2006 = RM 23.656 billion, tidak termasuk Pampasan/Subsidi Kerajaan = RM 38.5 billion. Kos Pembinaan Semua Lebuh Raya = RM 18.930 billion
2. Maka, pengendali telah mencatat KEUNTUNGAN MELAMPAU : RM 43 billion (62-19)
3. Hingga kini kutipan terus dikutip. Tidak Adil kepada Pengguna/Rakyat dan bercanggah dengan ASPIRASI NASIONAL.
........................................
Jika saya tidak silap, sepatutnya TOL Plus akan dinaikkan pada 2008, setelah kenaikan terakhir pada 2005. Tapi tak tahulah mengapa lepas PRU 12, masih belum diumumkan kenaikan TOL tersebut. Adakah kerana DS Samy Vellu sudah tiada di kabinet menyebabkan tak ada siapa yang berani nak membentangkan kenaikannya.
Dan, Plaza Tol di atas Jambatan Sultan Mahmud di Terengganu telah dirobohkan dan dimansuhkan selepas PAS berjaya merampas Terengganu pada 1999. Tapi selepas berjaya ditawan semula BN, Tol tersebut tidak dihidupkan semula hinggalah ke hari ini.
...
-bard-
REFORMASI 1998 ... masih segar di ingatan .. (part 1)
Kemuncaknya, satu perhimpunan raksasa REFORMASI diadakan di Masjid Negara sebelum berarak ke Dataran Merdeka. Pada ketika itu, Malaysia sedang menjadi tuan rumah Sukan Komanwell 98. Saya bersama-sama Pok Cik (Azhari) tidak ketinggalan menyertai perhimpunan bersejarah tersebut kira-kira jam 3.00 ptg.
Laungan REFORMASI!!! Bergema di Masjid Negara, DSAI telah berucap di satu penjuru ruang terbuka, dengan hanya menggunakan 'healer'. Ramainya penyokong .... tidak terkira. Mungkin mencecah ratusan ribu. ... namun ketika itu, hanya bangsa Melayu bersama-sama DSAI. Ada juga segelintir dari kaum Cina dan India.
Perhimpunan bersurai kira-kira jam 6 petang. Ada sekumpulan penyokong yg terus ke bangunan UMNO di PWTC.
Dan pada malamnya,... berita memberitahu DSAI telah diserbu dan ditangkap dirumahnya oleh Polis, Unit Tindakan Khas, dan terus dibawa ke Bukit Aman. Helikopter berlegar-legar di udara dengan 'spot light' nya yanmeninjau-ninjau kawasan UM.
.......... dan bermulalah detik Perjuangan Reformasi, Kisah DSAI Lebam, dan Proses Perbicaraan yang panjang dan mendapat liputan dunia, di Mahkamah Kuala Lumpur.
14 April disambut setiap tahun .. sebagai Black 14.
.............
Kini, demi Harapan Baru Untuk Malaysia ... umat bangsa Malaysia bersama-sama dalam gagasan Pakatan Rakyat. ...................