Tuesday, April 29, 2008
GANDINGAN MANTAP DALAM KENANGAN ..
SuperDet ... RE U TURN ( main tepi tepi jer )
Suara Rakyat ke Parlimen ... selamat bersidang
Monday, April 28, 2008
Pade Doh !!! ... 18 Tahun Kelantan Di Anak Tirikan
Saturday, April 26, 2008
TOL ... Kutipan Sudah lebih dari Kos Pembinaan.
Berapa pula JUMLAH kutipan sehingga hari ini?
Bagi saya :
Kerajaan yang telah diberi mandat untuk mengurus tadbir DANA DUIT RAKYAT dan Pembangunan Negara untuk Rakyat, wajar menyediakan segala kemudahan untuk keselesaan rakyat dengan PERCUMA.
Tetapi kita terpaksa dengan Wajah Tersenyum Bangga membayar TOL, kemudahan untuk Rakyat setelah tangan yang sama mengundi memberikan BN mandat.
Segala kos pentadbiran dan penyelenggaran, gunakan sajalah DUIT RAKYAT yang telah diberi mandat untuk mentadbirnya.
Jika GAGAL, berikan kepada pihak PAKATAN RAKYAT untuk mentadbir dana tersebut.
1. Kutipan TOL sehingga 2006 = RM 23.656 billion, tidak termasuk Pampasan/Subsidi Kerajaan = RM 38.5 billion. Kos Pembinaan Semua Lebuh Raya = RM 18.930 billion
2. Maka, pengendali telah mencatat KEUNTUNGAN MELAMPAU : RM 43 billion (62-19)
3. Hingga kini kutipan terus dikutip. Tidak Adil kepada Pengguna/Rakyat dan bercanggah dengan ASPIRASI NASIONAL.
........................................
Jika saya tidak silap, sepatutnya TOL Plus akan dinaikkan pada 2008, setelah kenaikan terakhir pada 2005. Tapi tak tahulah mengapa lepas PRU 12, masih belum diumumkan kenaikan TOL tersebut. Adakah kerana DS Samy Vellu sudah tiada di kabinet menyebabkan tak ada siapa yang berani nak membentangkan kenaikannya.
Dan, Plaza Tol di atas Jambatan Sultan Mahmud di Terengganu telah dirobohkan dan dimansuhkan selepas PAS berjaya merampas Terengganu pada 1999. Tapi selepas berjaya ditawan semula BN, Tol tersebut tidak dihidupkan semula hinggalah ke hari ini.
...
-bard-
REFORMASI 1998 ... masih segar di ingatan .. (part 1)
Kemuncaknya, satu perhimpunan raksasa REFORMASI diadakan di Masjid Negara sebelum berarak ke Dataran Merdeka. Pada ketika itu, Malaysia sedang menjadi tuan rumah Sukan Komanwell 98. Saya bersama-sama Pok Cik (Azhari) tidak ketinggalan menyertai perhimpunan bersejarah tersebut kira-kira jam 3.00 ptg.
Laungan REFORMASI!!! Bergema di Masjid Negara, DSAI telah berucap di satu penjuru ruang terbuka, dengan hanya menggunakan 'healer'. Ramainya penyokong .... tidak terkira. Mungkin mencecah ratusan ribu. ... namun ketika itu, hanya bangsa Melayu bersama-sama DSAI. Ada juga segelintir dari kaum Cina dan India.
Perhimpunan bersurai kira-kira jam 6 petang. Ada sekumpulan penyokong yg terus ke bangunan UMNO di PWTC.
Dan pada malamnya,... berita memberitahu DSAI telah diserbu dan ditangkap dirumahnya oleh Polis, Unit Tindakan Khas, dan terus dibawa ke Bukit Aman. Helikopter berlegar-legar di udara dengan 'spot light' nya yanmeninjau-ninjau kawasan UM.
.......... dan bermulalah detik Perjuangan Reformasi, Kisah DSAI Lebam, dan Proses Perbicaraan yang panjang dan mendapat liputan dunia, di Mahkamah Kuala Lumpur.
14 April disambut setiap tahun .. sebagai Black 14.
.............
Kini, demi Harapan Baru Untuk Malaysia ... umat bangsa Malaysia bersama-sama dalam gagasan Pakatan Rakyat. ...................
PAK LAH !!! Jangan Undur .....
ISU BABI DI SELANGOR : Jangan Putar Belit Rakyat
Fakta yg perlu diketahui dan diakuii:
MENGATASI MASALAH PENCEMARAN
Menerusi penternakan moden ini, masalah pencemaran yang teruk (warisan urus tadbir BN) dapat diatasi. Tiada bau busuk, tiada bendalir kotor keluar, tiada sungai yang tercemar. Sifar pencemaran,.. menerusi teknologi German. Sewajarnya ia satu langkah terpuji yang sering diminta oleh wartawan TV3, Karam Singh Walia.
PEMUSATAN KAWASAN PENTERNAKAN
Penternakan sedia ada berterabur di seluruh Selangor dan menimbulkan pelbagai masalah. Menerusi pemusatan ini, tiada lagi ladang baru untuk dibuka di mana mana tempat di Selangor.
KOS PROJEK 100 JUTA DITANGGUNG PENTERNAK DAN PELABUR
Segala kos yang melibatkan projek tersebut bukan menggunakan dana DUIT RAKYAT seperti mana yang diaminkan oleh media dan kenyataan kenyatan dari pihak BN. Pelabur dan Penternak telah bersetuju untuk menanggung segala kos termasuk kos pembelian tanah, pembinaan dan penyelenggaran jangka panjang.
MERINTIS AGRO BIO TEKNOLOGI DALAM PENTERNAKAN BABI
Sewajarnya langkah penternakan berteknologi tinggi ini diberikan pujian kerana kejayaannya kelak, boleh dijadikan contoh dan diguna pakai di negeri negeri lain seperti Melaka dan Negri sembilan yang mempunyai bilangan Khinzir yang banyak.
MEMENUHI PERMINTAAN MASYARAKAT CINA
Demi keadilan dan keperluan masyarakat Cina untuk jangka panjang, keputusan projek tersebut jelas satu keputusan bijak yang bersifat "win-win situation" antara pihak kerajaan negeri dan rakyat masyarakat Cina.
Malangnya,
Keputusan Kerajaan Negeri Selangor tersebut telah dijadikan ISU Politik yang dimainkan oleh media arus perdana... TV3, RTM, Utusan.
Gambar dan rakaman pencemaran yang wujud disiarkan. Kita bukannya BODOH!!
Bagi saya
" Semua yang disiarkan adalah WARISAN Kegagalan Urus Tadbir kerajaan yang sebelumnya".
"Mengapa selama ini tak atasi masalah tersebut?"
"Mengapa perkara tersebut tidak disensasikan sebelum ini"
"Langkah Tan Seri Khalid untuk MENGATASI... bukannya MENAMBAH lagi pencemaran sedia ada"
"Mengapa Tan Seri Khalid tidak dibenarkan 1 jam seminggu di Radio Selangor FM untuk menyampaikan penerangan kepada rakyat?"
..........
Saya harap, kita sama sama cuba menyebarkan hal yang sebenar kepada Masyarakat sama ada menerusi E-mail, sebaran 'pamplet' dan sebagainya.
-bard-
Thursday, April 24, 2008
DSAI : Harapan Baru Untuk Malaysia
Tanggal 12.01 am 15 April, tamatlah sudah larangan berpolitik ke atas DSAI yang telah dikenakan ke atas beliau atas dakwaan/hukuman yang nyata satu fitnah keji ke atas beliau.
DSAI "Gentleman". Berani kerana benar. Beliau bukannya seperti mana mana pemimpin negara lain yang melarikan diri untuk mendapatkan suaka politik di negara lain. Beliau rela "melawan" dan akhirnya beliau terkurung di penjara Sungai Buloh.
Dari 1997 - 2008,.. satu masa yang lama di mana Rakyat kerugian kerana seorang pemimpin yang dinamis, berkarisma dan berkaliber ini dinafikan untuk berjuang dalam politik dan mencetuskan idea idea berani dan lantang untuk kemajuan Malaysia.
Kini DSAI sudah BEBAS dari "meditasi" yang panjang, yang lebih mematangkan beliau. Rehat yang panjang sudah berlalu.
Sama samalah kita mendoakan agar segala perancangan beliau menerusi kerjasama erat antara PKR, Pas dan DAP menerusi PAKATAN Rakyat, akan membawa Malaysia ke arah SINAR HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA.
Khususnya ia diterjemahkan menerusi urus tadbir yang cemerlang di 5 buah negeri; Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan di samping Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Moga PRU-13 yang bakal mendatang,.. saya jangkakan pada 2013, adalah PRU yang menjana kemenangan Pakatan Rakyat secara Total bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang lebih dinamik dan bertunjangkan Ketuanan Rakyat.
-bard-